Tuesday, March 27, 2012

komunikasi


2.1 Pendefinisian Konsep
2.1              Komunikasi
Komunikasi berasal daripada perkataan Latin “communiatus” yang bermaksud berkongsi sesuatu. Apabila berlaku sesuatu, ini bermakna seseorang itu sedang berusaha berkongsi idea atau maklumat dengan individu atau pihak lain. Komunikasi juga ditakrifkan sebagai, `…seni memindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada seseorang` ( Emery, Ault, Agee, 1965 ).Oleh itu komunikasi mempunyai maksud yang luas,dari konteks pengajaran dan pembelajaran komunikasi boleh didifinisikan sebaga perkongsian makna, penyaluran dan penerimaan maklumat serta interpretasi makna.`
 Pengajaran dan pembelajaran adalah proses komunikasi yang amat penting dan bertepatan dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunuikasi (ICT) yang pesat membangun pada masa ini.
Proses komunikasi membabitkan elemen seperti guru sebagai sumber, mesej (maklumat), saluran (suara dan alat visual), gangguan komunukasi (noise) dan penerima (pelajar yang menerima mesej).
Terdapat juga komunikasi yang ditakrifkan sebagai sesuatu yang menjadi  hak bersama antara sumber dan penerima. Istilah hak bersama ini bermakna komunikasi memerlukan kedua-dua pancaran dan penerimaan mesej atau unit maklumat secara bersama. Tanpa kedua-dua, hak bersama itu dikatakan tidak wujud. Contohnya, jika seorang pensyarah mengarahkan pelajarnya menemui beliau pada hujung minggu, komunikasi yang sebenar dikatakan tidak berlaku kerana kedua-kedua pihak, sumber dan penerima, tidak tahu di mana tempat pertemuan, waktu pertemuan dan tujuan pertemuan mereka. Dengan sendirinya ini bermakna di antara kedua-dua pihak di atas tidak berlaku komunikasi kerana hak bersama seperti perincian maklumat tempat, masa dan tujuan tidak dinyatakan.
Ringkasnya, pakar-pakar komunikasi bersetuju bahawa komunikasi ialah satu proses berkongsi pengalaman dengan orang lain dan  bagaimana seseorang itu berinteraksi mencipta makna di antara kedua – dua pihak. Dengan perkataan lain,  komunikasi boleh disimpulkan sebagai suatu proses penyampaian dan perkongsian maklumat dari pihak sumber atau pengirim kepada pihak penerima. Proses komunikasi berlaku berterusan. Kebiasaannya, reaksi penerima merupakan kayu ukur utama untuk menentukan sama ada sesuatu komunikasi itu efektif atau sebaliknya.
2.2              Konsep ' Maya' dalam komunikasi
'Maya' ialah satu proses yang membolehkan seseorang itu berinteraksi tetapi sebenarnya mereka tidak wujud di tempat itu. Ini bermakna kita boleh berinteraksi dengan dunia palsu melalui simulasi yang direka khas dengan program multimedia. Contoh pengalaman palsu ini boleh dilihat dalam filem Alice in Wonderland, Wizard of Oz, Star Trek dan lain-lain. Oleh yang demikian, istilah  'maya'  sebenarnya merangkumi beberapa istilah teknologi termasuk realiti maya, reality  palsu dan alam siber yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Selain itu, pengalaman  dalam dunia maya bukan hanya menerusi skrin imej semata-mata tetapi menjadi pengalaman kepada mereka yang berada di dalamnya. Kewujudan alam maya akan membawa perubahan tertentu dalam cara hidup seseorang. Memandangkan alam maya ini adalah benar  dan kadangkala dapat memuatkan ciri-ciri idealisme yang tidak terdapat dalam dunia nyata, jadi kita mempunyai altenative sama ada hendak berkomunikasi secara maya atau alam nyata (reality) dalam semua aspek kehidupan. Kita sebenarnya dapat berhubung bagi hampir semua tujuan  seperti pendidikan, perubatan, perhubungan, politik dan perniagaan.
3.0              Fungsi Komunikasi.
Komunikasi yang dilakukan oleh manusia setiap masa mempunyai fungsi yang tertentu. Antaranya adalah:
3.1              Fungsi Memberitahu
Fungsi ini adalah fungsi terawal yang digunakan oleh manusia dengan tujuan untuk memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan oleh penyampai perlu diketahui oleh orang lain. Fungsi memberitahu ini menumpukan perhatiannya kepada penyampai atau sumber maklumat. Tujuan penyampai adalah untuk memberitahu apakah reaksi daripada mereka yang menerima maklumatnya tidak begitu dipentingkan. Untuk memastikan bahawa komunikasinya berjaya, komunikator yang menjalankan fungsi ini sering kali akan menggunakan strategi seperti menyebarkan maklumat sebanyak mungkin atau menyampaikan maklumat itu dengan lebih kerap.
3.2              Fungsi Mendidik
Fungsi ini dianggap paling popular kerana bertujuan untuk mempengaruhi sikap atau tingkah laku orang lain. Di samping memberitahu maklumat komunikasi bentuk ini  dapat menambahkan pengetahuan tentang sesuatu perkara atau bidang. Fungsi mendidik ini mementingkan kedua-dua pihak penyampai dan penerima maklumat untuk memastikan fungsi mendidik tersebut tercapai. Kejayaan fungsi ini bergantung pada sejauh mana seseorang itu merasai bahawa pengetahuannya bertambah hasil daripada pendedahannya terhadap maklumat yang diterimanya.
3.3              Fungsi Membujuk
Cara menggunakan komunikasi ini bagi tujuan mengubah sikap dan tingkah laku orang ramai.  Untuk mendapatkan kesan ini, pengguna komunikasi tidak terhad kepada menyebarkan maklumat tetapi mestilah dapat menembusi perasaan dan emosi individu atau kumpulan yang menjadi sasaran maklumat itu. Ada kalanya fakta dan maklumat yang disampaikan kepada kita tidak tepat atau sengaja diputarbelitkan, misalnya dalam kebanyakan iklan dalam rancangan televisyen dengan tujuan supaya maklumat yang disampaikan itu dapat mempengaruhi dan mengubah sikap dan tingkahlaku manusia atau cuba membuat rayuan emosi kita.

4.0            Perkakasan Maya

Tardapat banyak perkakasan (tool) yang terdapat dalam sistem  komunikasi maya. Antara yang biasa  digunakan adalah:
 
q       World Wide Web
q       E-Mail
q       News Groups
q       Listserves
q       Library Access
q       Course Support
q       Teleconferencing
q       Televideo
q       Video Teks
q       IRC (Internet Relay Chat)
World Wide Web
digunakan sebagai rangkaian elektronik seluruh dunia dalam membolehkan pencapaian terus kepada sumber –sumber maklumat dan membolehkan pengguna-pengguna berkomunikasi antara satu sama laindari segenap pelusuk dunia. Dalam konteks pendidikan, jika dilaksanakan pelajar tidak hanya terhad kepada capaian berbebtuk teks sahaja tetapi boleh mencapai hyperlinks dalam bentuk grafik,bunyi, animasi dan video.
E-Mail  (mel elektronik)
Satu bentuk komunikasi yang paling menonjol dalam internet dengan memberi ruang kepada pengguna untuk berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia berasaskan masa nyata. Perantaraan ini membolehkan pengguna bertukar-tukar bahan. Memberi pandangan dan menyampaikan maklumat secara kos efektif.
News Groups
Satu bentuk buletin elektronik global bagi mewujudkan sebuah kumpulan diskusi dengan membolehkan pengguna-pengguna menghantar dan membaca pesanan –pesanan di internet atau rangkaian web dunia. Biasanya kumpulan berita ini ditujukan untuk kumpulan –kumpulan pengguna tempatan ,walau bagaimanapun perbincangan ini boleh dicapai oleh orang yang bukan ahli kepada kumpulan-kumpulan tersebut.

Listserves

Membenarkan  perhubungan sebuah kumpulan diskusi melalui sebuah senarai mail elektronik (E-mail) yang biasanya termasuk ahli-ahli dari seluruh dunia dan memfokuskan kepada satu bidang utama yang diminati.

Library Access

Membolehkan pengguna mencapai dan mencari maklumat secara elektronik daripada sesebuah perpustakaan tanpa perlu berada di perpustakaan tersebut secara fizikal.

Course Support

Membolehkan  pengajar menyampaikan kandungan kursus, mata  pelajaran , tugasan  dan sebagainya. Semuanya ini dilakukan melalui komputer sama ada melalui rangkaian kawasan tempatan (LAN)  atau rangkaian kawasan yang lebih luas (WWW)  .
Telesidang (tele conferences)
Telesidang ialah suatu mesyuarat kumpulan yang dikendalikan melalui komunikasi elektronik antara tiga atau lebih orang di dua atau lebih tempat berasingan. Ia menggunakan teknologi transmisi untuk mengadakan telesidang atau telefon internet dalam berhubung  secara langsung untuk membicarakan isu-isu tertentu.
Telesidang video
Telesidang video ialah tele-mesyuarat yang menyiarkan gambar-gambar video para peserta yang terpisah oleh tempat yang berlainan. Setiap peserta lazimnya berada di bilik khas yang dilengkapi dengan meja, mikrofon, kamera televisyen dan satu skrin televisyen. Para peserta akan duduk di meja bundar supaya senang ditangkap oleh kamera televisyen. Peserta di tempat lain juga akan berada di bilik khas yang memiliki kemudahan yang sama. Semasa berjalannya telesidang, visual lain seperti grafik, carta, dan bahan lain boleh ditayangkan mengikut keperluan. Semua peserta yang terlibat akan dapat melihat keadaan satu sama lain iaitu seperti komunikasi mereka yang terlibat dan membolehkan pengundian bagi isu-isu terpilih serta merajahkan keputusannya. Kelemahan telesidang komputer pula ialah cara komunikasi yang dilaksanakan itu bukan seperti komunikasi bersemuka.
Videoteks
Videoteks didefinasikan sebagai perkhidmatan informasi interaktif berasaskan penggunaan komputer yang membolehkan seorang individu memesan kerangka informasi dari sebuah komputer pusat melalui interaktif kabel atau talian telefon untuk ditonton dikaca paparan video.  Secara am maklumat boleh diperoleh di rumah-rumah dengan satu kelengkapan khas komputer dan telefon di mana individu boleh menggunakan dan memberi tindak balas terhadap soalan pengguna lain. Videoteks boleh membekalkan individu itu dengan bilangan halaman yang infinit di mana hadnya bergantung kepada kekuatan memori komputer pusat. Videoteks memerlukan saluran permintaan dan lebih interaktif berbanding teleteks.
IRC (Internet Relay Chat)
Ini merupakan satu software yang membolehkan pengguna internet berhubung dengan pengguna yang lain di seluruh dunia. IRC merupakan rangkaian perbualan yang berbentuk ‘multi-user’ dan ‘multi-channel’ yang membolehkan manusia di dalam internet bercakap di antara satu sama lain dalam masa yang sebenar. Apabila kita bercakap menggunakan IRC apa sahaja yang ditaip akan dipindahkan secara terus ke seluruh dunia kepada pengguna lain yang melihat terminal komputer pada masa tersebut. Sesiapa sahaja boleh menaip sesuatu sebagai respon kepada mesej yang dipaparkan atau sebaliknya. Tajuk perbincangan adalah pelbagai dari perbincangan teknikal sehingga kepada hal-hal politik semasa. Terdapat pelbagai program IRC yang pada asasnya membolehkan kita membuat perkara yanga sama. Di antara program yang popular ialah Global Chat yang mudah digunakan. Lain-lain program yang digunakan adalah Netscape Chat, WS-IRC , mIRC, dan Instance Messengger dari MSN.

5.0       Kesan Komunikasi Maya dalam Pendidikan

Kesan  komunikasi di alam maya  membawa kepada dua perubahan dalam pendidikan. Pembelajaran melalui simbol-simbol cetak dalam buku teks akan bertukar  kepada pembelajaran melalui simulasi. Kedua, bahan-bahan kurikulum tidak lagi dalam bentuk buku tetapi dalam peringkat penghayalan berdasarkan simbol. Realiti maya ini mempunyai potensi untuk mengubah pendidikan dari mempercayai buku teks yang abstrak kepada pembelajaran berpengalaman dalam situasi sebenar. Misalnya, daripada membaca adegan bersejarah , pelajar dapat melibatkan dan berinteraksi dengan keadaan simulasi di dalam era yang bersejarah.
5.1              Pendidikan Jarak Jauh
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) ialah satu kaedah pengasingan guru dengan pelajar dan di antara pelajar yang lain dari segi jarak dan masa daripada aktiviti pengajaran pembelajaran yang utama. Kaeegan (1990) mendefinisikan pendidikan jarak jauh dengan lima ciri utama iaitu:
 
q       Pengasingan fizikal pelajar daripada guru sepanjang proses pembelajaran
q       Pengaruh organisasi pendidikan dalam perancangan, penyediaan dan perkhidmatan pembelajaran.
q       Penggunaan teknikal media dalam menjalankan kursus bagi guru dan pelajar
q       Penyediaan komunikasi dua hala di antara guru  dan pelajar.
q       Ketidakhadiran kumpulan pelajar semasa proses pembelajaran agar pelajar dikenbdalikan secara individu dan bukan dalam kumpulan.
Melalui program ini komunikasi maya  membuka peluang yang luas kepada pelajar daripada luar kampus induk untuk mendapatkan pendidikan tinggi tanpa belanja yang banyak bagi mengikut program ijazah sarjana muda dan sarjana baik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Misalnya , universiti tempatan di negara kita banyak membuka peluang dan beriltizam untuk mendemokrasikan pendidikan seperti di UPMmelalui Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL) , di USM melalui (PPJJ), DI  UM melalui Pendidikan Jarak jauh (PJJ) , UUM melalui Unit Pendidikan Jarak Jauh (UPJJ) dan sebagainya. Di Universiti Sains Malaysia program ini telah berjalan dengan jayanya sejak tahun 70-an lagi dan pada tahun 1995, USM telah memperkenalkan sidang video dengan penawaran lebih kurang 300 kursus kepada 20 terminal pusat pembelajaran di seluruh Malaysia.
Dalam konteks ini pembelajarannya menggunakan telesidang dan Sidang Video. Sidang video ialah satu teknologi yang menarik yang banyak memberi peluang dan membuka tetingkap tanpa ada sempadannya. Komunikasi ini adalah komunikasi dua hala yang dapat dilakukan secara live di hadapan skrin komputer. Ini bermakna bahawa anda boleh melihat dan mendengar teman anda semasa anda bercakap dengan beliau dan sebaliknya

5.2  Kebaikan telesidang video

Terdapat beberapa kebaikan penggunaan telesidang video iaitu:
(1)    Mengurangkankos perjalanan dan menjimatkan masa.
(2)    Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagian hirarki sektor korperat dan lan-lain  sektor.
(3)    Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
(4)    Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
(5)    Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab.
(6)    Penambah baikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.

5. 3            Perpustakaan Maya

Perpustakaan maya bermakna pelajar tidak perlu hadir di perpustakaan, tetapi boleh mencari dan mencapai maklumat yang dikehendaki melalui  internet. Komputer akan mengekses secara jauh kandungan dari perkhidmatan perpustakaan dan sumber-sumber lain. Pengguna disediakan dengan perkhidmatan maklumat dari pelbagai perpustakaan di seluruh dunia. Bagi beberapa dekad yang lalu pembangunan perpustakaan tempatan adalah melalui gabungan pelbagai penciptaan alat seperti teknologi, persetujuan polisi dan sokongan belanjawan yang baik diperlukan.
Di Malaysia, Universiti  Kebangsaan Malaysia (UKM)  telah mewujudkan Perpustakaan Hospital UKM  yang merupakan perpustakaan maya perubatan pertama dan tercanggih di rantau ini (Buleten Kementerian Kesihatan  April, 2001). Perpustakaan ini menawarkan bahan-bahan elektronik meliputi buku, jurnal dan tesis. Penyelidik boleh membuat pinjaman, memulang  dan tempahan bahan melalui talian sepenuhnya. Perpustakaan ini merupakan 'one-stop search' membolehkan pengguna mencari buku dan jurnal secara elektronik, yang disokong oleh sistem bersepadu menggunakan 'client server' berasaskan web dan multimedia.
Sehingga kini terdapat lebih daripada 10,000 perpustakaan yang boleh dicapai melalui intenet contohnya:
(a)   Perpustakaan nasional -yang terdapat di seluruh dunia seperti Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat, Perpustakaan Nasional Kanada (http://www.nlc-bnc.ca/) , Perpustakaan British, dan Perpustakaan Nasional Australia (http://nla.gov.au).
(b)  Perpustakaan British -yang lebih dikenali  sebagai British Library yang merupakan perpustakaan nasional yang tertua dan terkenal di dunia. Perpustakaan ini boleh dicapai di http://www.bl.uk
Ada beberapa ciri yang membolehkan pengguna mengunakan kemudahan perpustakaan maya ini antaranya ialah:
a.      Adanya jaringan telefon  peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan kelajuan dan lebar yang boleh memindah fail teks yang kompleks dan besar dan juga grafik imej digital
b.      Protokol dan piawaian yang dapat memudahkan hubungan komputer ke komputer dan pangkalan data ke pangkalan data yang lain.
c.       Peralatan digital automatik seperti alat pengimbas dan mesin faks yang boleh memindahkan data dan maklumat dalam masa sebenar.
d.      Perkhidmatan sistem dalam talian di perpustakaan dan penyediaan pelbagai jenis dan saiz rangkaian
e.      Hak cipta adalah terpelihara, royalti dan pengalaman yang diperlukan dalam kerja melalui struktur kewangan yang mendokong perpustakaan maya
5.4            Universiti Maya.
Universiti Maya adalah berdasarkan kepada teknologi komunikasi dan hipermedia yang boleh diakses pada bila-bila masa dari mana-mana lokasi. Bahan-bahan pembelajaran diperoleh sebagai dokumen hipermedia termasuk latihan berasaskan komputer, video, animasi, simulasi, suasana eksperimental dan bahan-bahan berasaskan teks. Modul-modul yang berasaiz besar dipindahkan dalam bentuk cakera padat atau CD-ROM.
            Matlamat utama diadakan Universiti Maya ialah untuk menyediakan pengubahsuaian maksimum, bebas dan memberi perkhidmatan individu kepada pelajar dan pada masa yang sama menyediakan sokongan tutorial dan kontak sosial. Contoh universiti maya yang pertama di Malaysia ialah Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dan telah dilancarkan oleh UAB Malaysia Berhad pada bulan Disember 1997.
            Universiti maya ini menyediakan kualiti pendidikan pada harga yang berpatutan dengan penekanan dalam pembangunan kemahiran melalui penggunaan teknologi state-of-the- art . Model pembelajaran universiti maya ini direka bentuk dengan menggunkan multimedia interaktif dan kemudahan intranet universiti.Kompenan reka bentuk ini termasuk interaksi pengajian secara bebas secara dalam talian dan tugasan bilik darjah maya melalui penilaian kendiri, kuiz dan peperiksaan bergred.
(Sumber dari internet: http:/ / www.unitar.com)
            Universiti ini menyediakan program pendidikan jarak jauh, pendidikan bebas, interaksi talian, kelas maya, tugasan kerja, belajar secara kumpulan melalui e-mel, perbualan dalam talian, diskusi dalam talian melalui listserv, penilaian, kuiz dan peperiksaan.
Kebaikan-kebaikan yang boleh diperoleh melalui univerisiti maya  ialah:
(a)                Membenarkan pengubahsuaian komunikasi yang berkuasa tinggi
(b)                Menyokong kontak di antara pelajar
(c)                Maklumat luas dengan ciri-ciri konsultansi.
(d)                Akses kepada perkhidmatan perpustakaan dalam talian
(e)                Fungsi pentadbiran built-in
(f)                 Integrasi antara muka yang sesuai dengan aliran kerja-kerja di universiti

6. Dinamik Pembelajaran Melalui Internet

            Internet menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang cukup meluas kepada  pelajar dan juga kalangan pendidik. Input yang disediakan melalui internet  dapat diakses semaksimanya untuk tujuan pendidikan sama ada berkomunikasi, mencari maklumat dan berkreativiti secara interaktif malah bersifat global.
6.1 Pembelajaran melalui internet memungkinkan kedinamikan berikut :
1.                   Pelbagai sumber dan gedung maklumat
Laman-laman web yang terkandung di dalam internet meliputi banyak kategori dan menu dari seluruh dunia yang dapat digunakan untuk tujuan pendidikan. Laman ini boleh diakses oleh guru atau pun pelajar untuk mendapat maklumat tertentu / khusus berhubung isu pengajaran dan pembelajaran . Malah guru dan pelajar yang kreatif boleh membina tapak-tapak web mereka sendiri untuk di'link'kan di dalam internet. Melalui laman-laman ini seperti Erata Online, Education Index, Portal Utusan, CikguNet  dan bermacam-macam lagi boleh menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran dan pelaksanaan aktiviti dalam bilik darjah. Ini bermakna bahan yang dipilih tidak lagi menjadi masalah cuma kreativiti perlu disesuaikan pelaksanaannya di dalam kelas.
2.                   Saluran komunikasi pembelajaran
Komunikasi bersifat global dapat dilaksanakan melalui kemudahan mel elektronik , diskusi elektronik serta IRC. Di sini guru dan pelajar boleh berkomunikasi dengan sekolah-sekolah di mana sahaja untuk bertukar-tukar mesej, berkongsi idea dan bahan-bahan pendidikan. Ruang untuk perbincangan serta berforum mengenai sesuatu tajuk dapat dilaksanakan menerusi e-mel, IRC dan juga sidang video . Aktiviti ini amat menjimatkan masa dan kos efektif di samping meningkatkan motivasi pelajar untuk berkongsi idea dan bertukar fikiran.
3.                   Pelaksanaan konsep interatif dalam pembelajaran
Perkhidmatan pendidikan dan program latihan dapat disalurkan melalui talian dan diakses melalui jarak jauh. Bahan-bahan tersebut dikendalikan sama ada pihak sekolah atau institusi pengajian tinggi. Pelaksanaannya memerlukan  penglibatan secara langsung antara penyampai dan penerima untuk mengakses bahan, menghantar dan menyemak tugasan melalui aplikasi internet.  Kemudahan seperti  ini mewujudkan peluang pendidikan yang lebih terbuka tanpa memerlukan bilik darjah  malah apa yang wujud adalah bilik darjah  maya seperti pelaksanaannya dalam sekolah bestari dan universiti maya oleh negara kita. Malah di luar negara ijazah sarjana pertama melalui pembelajaran virtual ini telah dikeluarkan oleh Universiti Paideia di Australia iaitu sebuah unversiti maya yang dilaksanakan secara talian. Keadaan ini memberi peluang kepada guru-guru dan pelajar untuk  melibatkan diri merebut peluang-peluang pembelajaran melalui internet .
4.                   Bantuan penyelidikan melalui perpustakaan elektronik
Bahan-bahan rujukan kini dapat dilayari ke seluruh dunia oleh guru dan pelajar dengan memasuki perpustakaan elektronik yang terkandung di dalam internet. Banyak data-data dapat diterokai dan diselidiki seperti yang terdapat dalam ensaiklopedia. Tindakan ini membolehkan guru dan pelajar mendapat bahan dan sumber maklumat untuk projek atau penyelidikan bagi meningkatkan pengetahuan di samping bertukar-tukar bahan dengan pelajar dan pendidik di seluruh dunia. Tegasnya teks elektronik ini dapat membantu pembelajaran ke arah meneroka maklumat  mengikut kehendak individu secara interaktif.
5.                   Anjakan paradigma bagi guru dan pelajar menuju alaf baru
Inovasi dalam pendidikan memerlukan anjakan paradigma guru-guru dan pelajar-pelajar bagi memungkinkan keberkesanan pelaksanaannya. Pembelajaran melalui internet akan merealisasikan peranan pelajar yang bersifat ‘self motivated ‘ dan ‘self centered’ . Ini kerana input di dalam internet memberi pengetahuan yang bukan hanya dikongsi tetapi juga direka dan dicipta semula. Melalui media interaktif ini, bilangan pelajar yang banyak memberi peluang kepada pembangunan, aplikasi dan rangkaian pengetahuan baru kepada pembelajaran kendiri.
 Pelajar-pelajar yang terlibat akan aktif dalam persekitaran perbincangan dan bertanggungjawab ke atas proses pembelajaran mereka sendiri. Pelajar-pelajar dapat menilai proses pembelajaran ,mengumpul, merekod,dan menganalisa data, dan mengira dan menguji hopotesis; merujuk pengetahuan terdahulu dan membuat rumusan dalam suasana yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi membentuk komuniti pelajar melalui internet. Tegasnya teknologi ini mencipta peluang untuk pelajar melibatkan diri dalam  aktiviti pembelajaran yang aktif serta peluang pembelajaran secara kolaboratif.
Di kalangan pendidik juga dapat mengaplikasikan penggunaan internet mengikut kreativiti mereka. Guru-guru boleh mereka bentuk pengajaran berdasarkan bahan dalam internet; berkomunikasi dengan guru-guru lain atau pakar dalam bidang-bidang berkaitan untuk mendapatkan dan pandangan di samping memperoleh bahan baru serta menarik untuk mata pelajaran mereka  dan mencipta  bahan asli bagi pelajar-pelajar dan guru-guru lain untuk kegunaan seluruh dunia.   
Masalah-masalah yang wujud dalam komunikasi maya
1.            Pengetahuan dan kepakaran guru yang terhad.  Ada guru menganggap bidang komunikasi masih baru dan mereka kurang mahir dalam cara pengendalian kurikulum, dan pelajar perlu mengambil masa untuk mengadaptasikannya.
2.                   Isi kandungan internet terbatas. Kerjasama  guru sangat perlu untuk menentukan kualiti bahan-bahan yang terdapat dalam internet.
3.                   Kekurangan peralatan.  Memerlukan kos yang banyak untuk melengkapkan peralatan yang canggih.
4.                   Keupayaan untuk mengakses komputer. Pada masa ini masih kekurangan perkhidmatan dalam talian di seluruh negara ini lebih-lebih lagi bagi penduduk luar bandar.
5.                   Kemampuan bahan untuk diekses.
Minat pelajar, kemampuan pelajar untuk memahaminya perlu diberi perhatian.Dalam pada itu  prasarana pendidikan maya perlu ditingkatkan. Walaupun internet mempunyai banyak maklumat, namun ada yang tidak sesuai dengan budaya kita. Ada pelajar mudah bosan jika sentiasa dihadapkan dengan komputer.

No comments:

Post a Comment