Tuesday, March 27, 2012

Penilaian


Perkembangan pemikiran adalah suatu proses yang mengambil masa yang lama. Perkembangan pemikiran pelajar berlaku dengan pesat sewaktu mereka bersekolah sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka. Aspek kognitif menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive Domain (New York: David McKay) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi ini terkenal dengan nama Taksonomi Bloom.
















1

1. Pengetahuan:

Aras kognitif yang terendah yang melibatkan proses mengingat kembali maklumat, fakta,
definisi dan sebagainya.
Ciri Soalan:     Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal.
Contoh Kata Kerja:     Labelkan, Senaraikan, Nyatakan, Manakah, Apakah, Berikan, dll.
Contoh soalan:

1. Apakah tujuan Beriman kepada Ilmu Allah Ta’ala?

A.                Malas berusaha.
B.                 Tidak jujur.
C.                 Sombong
D.                Takutkan Allah.

2. Bilakah Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W?

A.                17 Syawal
B.                 17 Muharram
C.                 17 Safar
D.                17 Ramadhan






2
2. Pemahaman

Aras kognitif yang melibatkan proses mula mengembangkan pemikiran. Pada aras ini pelajar menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.

Ciri Soalan:     Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi                                   contoh atau illutrasi dalam bahasanya sendiri.
Contoh Kata Kerja:     Terangkan, Jelaskan, Huraikan, Tukarkan, Mengapakah, dll.
Contoh soalan:

1. Mengapakah Nabi Muhammad S.A.W memilih Madinah sebagai tempat untuk berhijrah?

A.                Madinah dekat dengan Mekah
B.                 Penduduk Madinah sedia membantu orang Islam
C.                 Madinah tempat yang maju
D.                Semua penduduk Madinah beragama Islam


2. Jelaskan hikmah menggamalkan adab bekerja kecuali___________.

A.                Melahirkan pekerja maju
B.                 Berlaku penindasan
C.                 Pretasi kerja meningkat
D.                Ekonomi negara berkembang




3
3. Aplikasi

Pelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori, prinsip, hukm atau
prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang
pengetahuan dan maklumat itu, dan kemudian diaplikasikan dalam satu situasi baru.

Ciri Soalan:     Soalan menggunakan proses mental berkait dengan aplikasi.
Contoh Kata Kerja:     Terangkan, Jelaskan, Huraikan, Tukarkan, Mengapakah, dll.
Contoh soalan:

1. Terjemahkan maksud Hayati Allah Ta’ala?

A.                Allah Maha Hidup
B.                 Allah Maha Mengetahui
C.                 Allah Maha Mendengar
D.                Allah Maha Berkehendak

2. Tunjukkan cara bersyukur kepada Allah?

  1. Mandi
  2. Bersukan
  3. Berdoa
  4. Tidur

No comments:

Post a Comment