Sunday, March 25, 2012

Nota Bimbingan & Kaunseling



# Bab 4: Kemahiran Peranan

Peranan Penumpuan : Beri sepenuh perhatian pd klien dan tunjuk pemahaman tanpa prasangka dari segi suara, fizikal, mental dan perasaan.

Jenis-Jenis Respon Penumpuan
(1) Respon mudah; galak klien teruskan cerita spt ya, mm, oo atau anguk2 kepala.
(2) Refleksi kandungan dan perasaan ; memahami perasaan dari cerita klien spt sedih, marah, suka.
(3) Penekanan; merangsang klien jelaskan fakta penting dalam cerita spt, minta klien ulang yg disebut.
(4) Parafrasa; menunjukkan kaunselor faham masalah klien spt sebut semula ayat klien dgn perkataan sendiri.

Aras respon penumpuan
(1) Peranan tidak berkesan ; tunjuk sikap kurang minat, acuh tak acuh.
(2) Peranan sederhana ; beri perhatian pd sebahagian cerita klien.
(3) Peranan yg baik ; tunjuk minat pd cerita klien dan ceritakan semula dengan ayat sendiri.
(4) Peranan berkesan ; tunjuk minat yang tinggi cerita klien, terjemah cerita dengan betul dan beri respon.

Peranan Penjelasan: permintaan kaunselor kpd klien  menjelaskan suatu fakta yg tidak difahami.

Jenis respon penumpuan
(1) Menyemak Persepsi ; semak ketepatan persepsi pada cerita klien spt ‘tadi ada jelaskan bahawa…’
(2) penjelasan alternatif ; kaunselor tak pasti alternatif mana jadi pilihan klien spt ‘ adakah ini yg lebih penting..’
(3) Minta penjelasan lankut ; kaunselor minta klien buat penjelasn spt ‘ cuba jelaskan maksud saudara…’

Aras respon penjelasan
(1) Peranan kurang berkesan;  tidak berminat berminat dan bersifat menghukum spt ‘anda memang bodoh’
(2) Peranan sederhana ; memberi penjelasan sebahagian mesej klien tidak sepenuh hati.
(3) Peranan yg baik ; pamer minat tinggi, fokus cerita klien dari aspek kandungan dan perasaan serta jelaskan kekeliruan.
(4) Peranan paling baik ; memahami dan mjelaskan cerita klien, bantu klien lihat isu dgn jelas, tidak menghukum dan tunjuk minat.



Peranan Menyokong:
 percaya bahawa klien ada potensi untuk menyelesaikan masalah dan galakkannya untuk mencari alternatif penyelesaian mengikut tahap2 kaunseling.

Jenis respon sokongan
(1) Menghargai ; rasa hormat tanpa bersyarat, spt ‘anda memang pandai mengatasi masalah ini dgn baik’
(2) Penerimaan ; bantu klien berfikiran positif pd diri, spt ‘ anda memang boleh lakukannya’
(3) Ambil hati ; tunjuk ambil berat dan beri sokongan pd klien, spt ‘teruk sungguh pengalaman anda ya’
(4) Ketenangan ; bantu atasi ketegangan, kerisauan dan bantu kawal emosi klien spt ‘tarik nafas pjg’.

Aras respon menyokong
(1) Tidak berperanan dgn baik ; tidak beri keyakinan, tidak ikhlas, nada suara hambar.
(2) Peranan sedrhana ; sokongan diberi dgn bersahaja, tidak serius.
(3) Peranan Baik; beri respon, sokongan pada situasi yg sesuai dlm proses kaunseling.
(4) Peranan paling baik ; nada suara sesuai, pilihan kata2 menyokong, respon sesuai.


# Bab 5: Teori Kaunseling Behaviorisme

Fungsi Teori :
(1) Menjelaskan suatu kejadian setelah membuat pemerhatian
(2) Menguasai keadaan tertentu
(3) Buat ramalan
(lihat cth MS 164)

Kepentingan Teori:
(1) Beri erti , keyakinan dan halatuju kpd kaunselor.
(2) Beri fokus kpd kaunselor apa yg hendak dilakukan pd klien
(3) Sebagai panduan merancang dan buat persediaan dlm proses kaunseling.

Komponen Teori Kaunseling Behaviorisme
(1) Komponen pertama : dpetik dari pelaziman klasik oleh Ivan Pavlov
(2) Komponen kedua ; pelaziman operan oleh BF Skinner (Ganjaran dan dendaan)
(3) Komponen ketiga ; terapi tingkah laku kognitif (tingkah laku dan cara berfikir)

Teori Personaliti Behaviorisme: (konsepnya)
(1) Personaliti disebabkan perkembangan TL bukan disebabkan proses mantel.
(2) Personaliti ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman
(3) Perbezaan personaliti disebabkan perbezaan pengalaman
(4) Hubungan minda-jasad, jasad roh tiada kesahihan saintifik, hanya boleh diramal.
(5) Personaliti mempunyai batasan genetik yg tidak boleh diubah ttp persekitaran dan rangsangan dalaman mainkan peranan dlm membentuk personaliti.

Teori Personaliti berdasarkan prinsip skinner
(1) Buat ramalan situasi utk kuasai TL individu. (2) Tiada TL bersahaja, semuanya dipengaruhi persekitaran.
(3) Personaliti terbentuk dengan peneguhan (4) TL boleh diubah dgn melemah peneguhan (proses pelupusan)
(5) Personaliti boleh ditiru melalui role play (tiru idola / main peranan)

Strategi membantu Klien
(1) Role Play: Lakonan dengan bimbingan kaunselor Cth: murid malu-kaunselor boleh ajar cara beri pendapat.
Ada hadnya:    (a) Bergantung pd kemahiran dan kesungguhan kaunselor.
                                        (b) Kehendak klien sendiri utk mengalami, mendengar, merasakan TL baru.

Faedah:            (a) Strategi melatih perlakuan yg sukar dilakukan oleh individu.
                        (b) Teknik meluaskan kesedaran klien
                        (c) Melakukan TL yg sukar dengan selamat dan terpimpin.

(2) Latihan Asertif: Teknik meningkatkan keyakinan diri
Kaedah:           (a) role play dan lakonan situasi (pasif, agresif, asertif) yg biasa klien buat.
                        (b) teroka dan takrifkan masalah.
                        (c) role play yg ditetapkan (baru/positif) berulang kali depan kaunselor
                        (d) laksanakan TL asertif positif berperingkat dalam realiti

(3) Token Ekonomi (hadiah): Beri hadiah material bernilai utk peneguhan TL bersesuaian.
Kaedah:           (a) Minta bantuan (guru, ibu bapa), jelaskan, buat komitmen matlamat Token Ekonomi.
                        (b) Pilih TL yg mudah diberi peneguhan dari mereka (guru, ibu bapa).
                        (c) Agihkan Token serta merta, adil dan konsisten.
                        (d) Token yg diagih masih mempunyai nilai peneguhan.
                        (e) TL yg diubah adalah juga TL dikehendaki di luar sekolah/rumah.

(4) Pengurusan, Pemantauan, Peneguhan Kendiri: Klien bekerjasama secara aktif dlm proses kaunseling.
Ciri2                (a) Klien berperanan aktif dlm setiap fasa kaunseling.
                        (b) Klien beri idea ikut arahan kaunselor yg bina langkah tntu utk membantu.
                        (c) Proses pemikiran klien diberi tumpuan.
                        (d) Klien dijangka berusaha berubah.
                        (e) Klien belajar peneguhan kendiri.
                        (f) Klien dipanggil utk memantau, mencatit, memberi peneguhan kendiri dan buat penjelasan.
                        (g) Kaunselor berperanan sebagai mentor dan bukan pakar.

Kaedah:           (a) Takrifkan masalah & tentukan matlamat (penting, realistik, difahami, blh diukur)
                        (b) Urus & pantau TL sasaran (rekodkan TL dgn alat yg sesuai; jam, alat perakam, kertas, pen)
(c) Perubahan suasana persekitaran (elak wujud suasana yg x dikehendaki) & ambil langkah sesuai (sedarkan apa yg sedang dilakukan, Mudahkan TL +ve, hadkan rangsangan tidak dikehendaki)
(d) Beri Peneguhan sesuai & Tentukan akibat yg bermakna (jangka pendek/panjang)
(e) Teruskan kejayaan & kira apa yg dicapai.

(Contoh: Kaitkan Proses individu gemuk nak turunkan berat badan)



# Bab 6: Kaunseling Pemusatan Insan
Pandangan Rogers: Manusia adalah positif dan bergerak kehadapan utk capai potensi diri yg cemerlang.

Konsep utama:
(1) Fenomenologi: ( individu bertindak ikut pandangannya sendiri )
(2) Konsep Mengetahui:
(a) Subjektif ; pengetahuan / maklumat utk rujukan diri sendiri.
(b) objektif; pengetahuan / maklumat yg diketahui dan telah disahkan oleh orang lain .
(c) interpersonal; pengetahuan luar dari sikap empati.

(3) Struktur personaliti:
(a) Organisme ; Pusat segala pengalaman.
(b) Kendiri ; (gabungan pengalaman dan persepsi ) konsep kendiri yg diingini.
(4) Proses perkembangan personaliti: Individu cenderung berkembang kepada kesempurnaan kendiri.
(5) Kecelaruan Psikologi: individu menjadi terbuka kepada pengalaman yg tidak defensive.

Konsep Kendiri Dlm Kaunseling Pemusatan Insan
(1) Konsep keseluruhan persepsi, tersusun dan konsisten mewakili ciri individu dan hubungannya dgn org lain.
(2) Kendiri idaman melibatkan persepsi dan makna  berkaitan dgn kendiri yg dihargai individu , org yg signifikan dan masyarakat.
(3) Kendiri sebenar adalah kendiri yg tidak berpura2.

Sikap Kaunselor dalam Kaunseling Pemusatan Insan
(1) Kongruen atau keikhlasan ; kaunselor tunjuk sifat sebenrnya (tidak berpura2)
(2) penerimaan tanpa syarat ; anggap manusia dgn positif, boleh berubah.
(3) empati; pemahaman tepat dan empatik pada keadaan klien disebabkan pengalamannya

Kemahiran Asas Kaunseling Pemusatan Insan
(1) Soalan terbuka/tertutup ; Galak klien beri maklumat
(2) Dorongan minima ; Dorongan spt angukkan yg menunjukkan kaunselor faham cerita klien
(3) Prafrasa ; Ceritakan semula cerita klien dgn perkataan sendiri utk tunjuk pemahaman.
(4) Rumusan ; Marangkumkan maklumat yang berkenaan sebelum merespon.
(5) Refleksi Perasaan ; Merasai perasan klien utk galakan ia meluahkan perasaan.
(6)Konfron/mencabar; Teknik supaya klien melihat diri yg sebenarnya bukan hanya pada perkara yg baik sja.
(7) Memfokus ; Kaunselor beri tumpuan, tak berangan.
(8) Refleksi makna ; Keupayaan kaunselor memahami keseluruhan cerita termasuk perkara yg tidak diceritakan klien.

No comments:

Post a Comment